Demo sokong Zulkifli Zulkifli_Abdul_Wahab

Pada 13 Disember 2011, sebuah NGO, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dipimpin oleh Mazlan Aliman mengadakan demo di ibu pejabat Felda,Jalan Gurney, Kuala Lumpur.Seramai 50 peneroka Felda bersama ANAK menentang penyingkiran Zulkifli Abdul Wahab dari jawatannya sebagai Pengarah Besar Felda. Mereka membawa sepanduk bertulis "Allah selamatkan Felda dan warganya daripada golongan pengkhianat." Mazlan Aliman adalah juga AJK Pusat PAS.[3]

Harakahdaily melaporkan,pada 9 Disember 2011, Zulkifli diberikan arahan bercuti sembilan bulan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada 11 Disember 2011 .[4] Surat 21 November 2011 daripada Isa Samad kepada Perdana Menteri turut mereka edarkan dalam demo tersebut.[5]

Difahamkan Zulkifli membantah usaha Pengerusi Felda,Tan Sri Isa Samad berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.[6]Keputusan melantik Isa Samad sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) pada 25 Ogos 2011, tidak dihadiri Zulkifli. Mazlan Aliman mendakwa pelantikan Isa Samad bertentangan dengan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

Kuasa FGHV sangat besar sehingga memberi kesan kepada peneroka Felda. FGHV berkuasa terhadap pajakan tanah Felda seluas lebih 360,000 hektar dan juga hak mutlak ke atas tanaman, hasil jual beli dan juga insentif kerajaan.

Sebelum ini, Shamsuddin Othman selaku Ketua Peneroka Felda Kebangsaan merasa terhina dengan ucapan Isa Samad pada satu majlis terbuka.Shamsudin, 59, yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka Wilayah Johor Bahru, merupakan satu-satunya wakil peneroka yang berada dalam Ahli Lembaga Pengarah Felda.

ANAK mendakwa Isa sebenarnya tidak layak menjadi ahli KPF dan keahliannya dalam koperasi adalah bertentangan dengan undang-undang disebabkan jawatan beliau sebagai pengerusi koperasi hanya bertaraf kontrak.Undang-Undang Kecil KPF mensyaratkan bahawa mereka yang layak menjadi ahli KPF ialah peneroka Felda, isteri dan anak-anak dan juga kakitangan Felda yang berstatus tetap. Anak telah membawa kes berkenaan ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia.[7]